28/01/2014
"Kasihannya dia."
"Kenapa?"
"Selalu kritik orang."
"Aishh, dia kritik orang pun kau nak kasihan ke?"
"Mestilah"
"Kenapa pula?"
"Yalah, orang suka kritik orang biasanya dia tiada kumpulan. Tidak bersama dengan dia sahabat yang saling menyayangi. Yang bertegur dengan penuh kasih sayang. Tidak merasai bahawa sahabat dia itu mempunyai beribu kelemahan yang perlu diperbaiki secara perlahan-lahan. Dia mungkin tak merasa ada sahabat yang perlu ditegur senyap-senyap, ada yang perlu ditegur dengan hikmah. Dan yang lebih penting mungkin dia mencari kesempurnaan yang sangat susah dicari hatta secara berkumpulan."
"Kau ini men'generalisasi'kan pengkritik lah. Tak baik"
"Entah, manusia itu lemah dan banyak kelompangan. Perlu ditampung dengan sahabat lain. Ada yang idealistik, ada yang pendamai, ada yang pakar siasah, ada yang 'tukang muhasabah' setiap masa, tak salah kalau kumpulkan mereka ini dan bergerak kerja demi mencapai satu matlamat."
"Jadi kau nak suruh dia masuk kumpulan dan bergerak kerja."
"Cubalah masuk. Dengan hati yang terbuka, akhlak yang mulia, berjaya mengubah kumpulan itu mengikut syariat, berjayalah membuka ruang untuk mendidik masyarakat. Contoh sudah ada. Nabi. Cuma tunggu mahu ikut atau tidak. Dia akan temui sesuatu yang sukar diterjemaah dalam perkataan nikmat berkumpulan."
"Tapi, kritikan itu bagus untuk memperbaiki kelemahan juga"
"Kritikan itu bagus, tapi jika terlalu kerap, manusia mudah jatuh, jikalau terlalu sedikit, manusia mudah angkuh. Dengan sopan.
Jika terlalu kasar, manusia muak, jika terlalu lembut, manusia mudah alpa. Kerana itu kita perlukan kumpulan untuk menjadi 'supportive team' apabila ada ahli mahu rebah dan tumbang."
Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti sebuah tubuh, jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakan sulit tidur dan demam.
"Jadi, sebenarnya apa yang paling sesuai?"
"Bersederhana, jika mahu tegur, datanglah dekat jika jarak dekat. Jika jauh sampaikanlah surat atau mesej. Dengan sopan. Mahu mendidik masyarakat itu sukar. Perlukan daie yang fleksibel. Ubahlah diri dahulu supaya lebih berakhlak. Perlu ada sahabat yang rapat untuk memperbaiki diri. Bukankah kedatangan nabi mahu melengkapkan akhlak yang sempurna di samping mengajar ummat bersatu.."
”Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang soleh”
"Itu nasihat untuk pengkritik, untuk yang dikritik?"
"Nanti"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment