10/01/2014

                                                      Ilmu dan Kehidupan



"Abang, dari mana saya boleh belajar tentang falsafah ya?" tanya saya.

"Perlukah saya ambil minor untuk subjek falsafah?" saya menambah.

"Awak ini, kelas itu hanyalah sebagai tempat mencari kunci, kelas bukanlah
segala-galanya. Isi itu lebih penting." Senior menjawab.



Gulp.

"Pengalaman diluar kelas lebih berharga. Tambah-tambah awak ambil kursus
ekonomi. Subjek falsafah, sejarah, law dan lain-lain sangat penting untuk
melengkapkan ilmu ekonomi." Beliau berceramah.

Tersentap sekali lagi.

Mencari kunci di dalam bilik darjah, mencari harta di luarnya.

Teringat satu kata-kata.

Ilmu itu seperti puzzle. Kumpulkan ia. Catatlah ilmu di mana-mana. Ia akan bercantum sedikit demi sedikit. Carilah bahagian yang hilang itu di mana-mana.

Mahu menjadi seorang yang berjiwa besar memerlukan ilmu dari segenap aspek, bukan sekadar mendabik dada berbangga dengan bidang sendiri.

Menuntut Ilmu, Tugas Sepanjang Hidup.

 "Aku tak sabar untuk menuntut di Baitul Quro' nanti. Sudah lama tidak hadir ke kuliah yang membentuk diri dari dalam. In-Out." Saya meluahkan perasaan pada sahabat.

"Insyallah kau akan jumpa apa yang engkau cari selama ini". Dia membalas ringkas.

Menuntut ilmu untuk mencari makna diri. Makna kehidupan.

Menuntut ilmu yang melenturkan akhlak merupakan sebaik-baik ilmu.

Kata Syed Naquib al-Attas yang mentakrifkan ilmu, "Ilmu sebagai ketibaan sesuatu makna hasil daripada maklumat yang benar ke dalam diri seseorang. Kebenaran sesuatu ilmu itu merujuk kepada Allah sebagai sumber asal segala ilmu.

Ilmu yang menekankan makna kebenaran.

Yang mampu menyuluhkan kebatilan.

Itulah ilmu.

No comments:

Post a Comment