20/07/2014


Membelek gambar-gambar lama. Terjumpa gambar ini.


Gambar ini diambil semasa kami menyertai pertandingan Ihtifal 2011 di SMA Kedah.
Aku masih ingat pada waktu itu aku menyertai pertandingan kalimatussobah (ucapan pagi) semasa tingkatan 5 atas permintaan ustaz yang tidak dapat ditolak.

Terlintas peristiwa ini di kepala,

"Aku nak kau berdiri atas tempat tinggi itu dan baca teks ucapan tersebut kuat-kuat.". Dia mengarah tegas sambil berdiri di hadapan aku di tempat yang lebih rendah.


"Baca kuat-kuat?" Aku soal seolah-olah tidak dengar arahannya.

Pada hakikatnya aku masih lagi ragu-ragu pada pagi itu. Pagi itu aku bakal menyampaikan ucapan pagi (kalimatussobah) di sekolah kami, SMKA TAHAP. Aku meluahkan rasa tidak yakin pada sahabat tersebut kerana keberaniannya tersohor di sekolah.

"Haah, baca kuat-kuat". Dia menjawab.

Aku membaca teks tersebut yang bertajuk 'Solat Jemaah' dalam Bahasa Arab. Dengan suara yang kuat aku cuba untuk mengabaikan keadaan di sekeliling. Malu dan tidak yakin membelit.

Sejujurnya, aku bukanlah orang yang gemar menyertai pertandingan-pertandingan di sekolah, mungkin kerana sifat merendah diri sampai mencapai 'self inferior' pada masa itu. Tetapi atas permintaan ustaz, aku cuba dan berjaya sampai ke peringkat kebangsaan walaupun tidak memenangi pertandingan tersebut di peringkat kebangsaan.

Lantas aku terfikir, mengapa perlu untuk kita menghadkan kemampuan sebenar kita lalu terpasung diri sendiri. Masa yang ada sekarang merupakan peluang dan emas yang perlu dimanfaatkan. Perjalanan mengenali diri sentiasa dihinggapi perasaan rendah diri namun kemahuan untuk terus belajar menguatkan diri untuk terus berjalan.

Proses pembelajaran sentiasa berjalan untuk kita sentiasa memperbaiki diri. Alhamdulillah, perasaan 'self-inferior' makin terhakis sedikit demi sedikit. Moga keyakinan itu hadir untuk aku terus maju dan maju.

Ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendidik diri ini dan menjadi inspirasi supaya terus menjadi diri sendiri.

No comments:

Post a Comment