Pengalaman dan Ilmu, Mematangkan Diri
![]() |
| Bersama Madam SalwaHana yang mengajar Financial Accounting Fundamental. |
Sudah sampai ke penghujung semestar. Semestar 1. Hujung bulan ini akan menduduki peperiksaan.
Sepanjang satu semester ini banyak yang aku belajar. Tentang diri dan kehidupannya.
Aku belajar mengenali manusia. Mengenali aktivis yang menyantuni anak yatim. Mengenali orang Bangladesh, Sudan, Palestin dan lain - lain di UIA. Aku belajar menyapa orang yang asing dalam kehidupan.Mempelajari cara menyantuni 'foreigner', sambil mempraktikkan bahasa inggeris. Caranya aku kutip dari sahabat.
Aku diperkenalkan dengan pelbagai program baik di dalam UIA atau di sekitar Selangor. Mana - mana program yang dekat, percuma atau murah. Aku akan sertai. Mengenali tokoh politik muda atau tua, berkenalan dengan anak muda yang lain yang kuat bacaannya dan jauh perantauannya. Aku kutip semangat mereka.
Berada jauh di rumah membuatkan aku tidak gemar untuk pulang ke rumah .(di Pahang ja). Bagi aku, orang yang menuntut ilmu perlu jauh dari keenakan pulang ke rumah. Dan ibu aku memahami. Mujurlah. Aku mengutip semangat dari Imam Syafie yang gemar bermusafir.
Mempelajari bagaimana menguruskan 'human resources', mencipta peluang dalam organisasi, merancang masa depan, dan menyusun gerak kerja. Yang paling penting, bagaimana mahu berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam. Pemimpin seharusnya bersifat neutral. Aku gali pengalaman ini dari senior.
Dan banyak lagi pengalaman menarik sepanjang 4 bulan di sini. Prinsip aku, berjalanlah di muka bumi ini dengan niat menuntut ilmu. Nescaya setiap langkah kita akan mempelajari sesuatu yang baru. Sentiasa sematkan diri ini sentiasa milik umat.
Peperiksaan makin dekat. Aku tak kisah. Apa yang aku kisahkan, cuti 3 minggu yang bakal aku hadapi. Kemana harus aku luncurkan kaki ini? Balik rumah? Mungkin 2 3 hari.

No comments:
Post a Comment