Anak Yatim, Melebarkan Horizan Kasih Sayang
Hari yang merupakan hari bersejarah. Memberi kesan dan mengukir pengalaman baru. Diizinkan untuk menjejakkan diri ke rumah anak yatim di Keramat bersama krew - krew Teach For The Needs(TFTN).
Pada awalnya, agak keberatan untuk ke sana. Janggal. Dan tidak mahir berkomunikasi dengan anak - anak kecil, yang comel.
Tetapi apabila menjejakkan kaki dan melihat wajah mereka. Hati saya 'cair' dan seronok. Melihat mereka gembira umpama tiada masalah dan comel - comel semua. Rumah anak yatim ini dihuni oleh semua anak - anak kecil perempuan. Paling tua berumur 12 tahun.
Detik yang paling indah apabila dapat mengajar anak kecil di bawah umur 7 tahun membaca ABC. Merah padam muka dan terasa hangat di muka. Entahlah. Tidak biasa dan segan.
Pengalaman yang paling indah. Anak kecil ini membuka jiwa ini seluasnya. Kasih sayang. Sangat teruja dengan pengalaman baru. Hidup masih jauh untuk menimba pengalaman.
Kepuasan. Melihat mereka membaca dan mengeja. Oh.
Saya bercita - cita untuk menembusi setiap strata sosial yang wujud dalam dunia ini. Veteran, anak - anak kecil, sebaya dan berlainan cara pandang.
-Insyallah, setiap selasa malam akan meneruskan aktiviti baru ini-

No comments:
Post a Comment