Di kala petang yang suram. Terduduk seorang lelaki di atas batas tanah yang disediakan oleh ayahnya. Maka mengalamunlah lelaki tersebut sambil berdialog dengan seorang Tuan Puteri Halimunan.
"Tuan Puteri, belasungkawa sedang menyelubungi hati aku dan menjarah jiwa aku sedikit demi sedikit. Aduh pedihnya jiwa aku pada saat ini"
"Tuan Putera yang aku sangat kasihi, mengapa sampai begitu sekali kekasihku? Apa yang sudah berlaku ke atas diri engkau Tuan Putera yang aku sanjungi? Mengapakah jiwamu berbolak balik sehingga sebegitu rupa? Ceritakan pada aku akan kisahmu."
"Aku ditinggal kekasihku, wahai Tuan Puteri."
"Tuan Putera kekasih aku, akulah kekasihmu ketika engkau senang, ketika engkau bermuram durja. Akulah kekasihmu yang abadi yang setia di sisi engkau. Akulah kekasihmu yang seorang dan selamanya, kasihanilah aku Wahai Tuan Putera"
"Tuan Puteri, dikau kekasih monolog aku Tuan Puteri, aku ciptakan dikau untuk menjadi teman monolog aku di saat aku lemah, sedih, dan di kala aku jatuh. EngkauTuan Puteri yang tidak terlahir dari rahim seorang wanita, tidak boleh dilihat pegang, tidaklah juga seorang yang berjasad jasmani yang boleh aku sentuh dah usap. Engkau aku anggap sebagai kekasih, tetapi mustahil untuk kita bersama di dunia yang nyata. Mustahil Tuan Puteri."
"Jikalau begitu asal muasal aku dan kedaan Engkau Wahai Tuan Putera. Sangguplah aku setia menjadi kekasih monolog dikau Puteraku. Kerana kelahiran itu membawa kepada kematian, penglihatan itu pada mata hati, dan jasad jasmani itu boleh luluh dan hancur. Pada akhirnya, ingatan engkaulah yang teristimewa bagi aku Wahai Tuan Putera yang bijaksana. Maka ceritakan padaku akan kisah percintaan dikau yang menyedihkan itu. Hamba setia mendengar, hamba sedia bermuram durja bersama Tuan Putera.
27 Disember 2017
No comments:
Post a Comment