09/12/2013

Memandang Manusia Dengan Hati Nurani, Bukan Ego Di Hati


Fatah Hakimi. Sedang melanjutkan pelajaran di Mesir.

Pemuda itu panas. Darahnya mudah menggelegak. Semangatnya cepat membuak. Tingkahnya kadang tak terduga. Akulah.

Mudah panas mendengar pendapat yang lain. Akulah yang benar akulah yang terbaik. Aku ada otak, kamu ada otak, aku berfikir, kamu berfikir. Jadi aku ada benar ada salah, kamu pun begitu. Tapi,




Begitukah? Begitukah pandangan kita pada manusia?

Berbilang. Kerana itu manusia itu berbilang. Bukan hanya warna tapi idea. Perbezaan itu kita urus dengan 'lapang dada' dan 'bersangka baik' bukan dengan 'kau ada salah aku ada salah'.

Bergaul. Sebab itu dianjur bergaul dengan manusia. Kau hitam, mari berkawan dengan aku, kau putih, aku mahu dekat dengan kamu. Aku mahu tahu hati budi kamu. Bukan menanam 'dia manusia, dia ada salah ada benar'.

Benar, manusia tidak maksum dan kita tidak seharusnya mentaqdiskan mereka. Kita juga tidak disuruh menghalalkan perkara yang salah!

Tapi itu tidak bererti, kite dihalalkan memandang mereka dengan pandangan 'dia manusia, dia ada salah, dia ada benar'.

Pandai membezakan pandangan kita pada manusia, pandailah kita menguruskan perbezaan. Mudahlah kita merapatkan yang jauh, mengeratkan yang dekat.

-pesan diri untuk diri- -pesan sahabat untuk sahabat-

No comments:

Post a Comment